KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Tan Kian Meng-Lai Pei Jing meneruskan momentum kecemerlangan untuk melangkah ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Korea selepas menewaskan beregu Indonesia, Rinov Rivaldy-Pithas Haningtyas Mentari pada saingan separuh akhir hari ini.
Kian Meng-Pei Jing yang kali terakhir menjejakkan kaki ke pentas akhir saingan jelajah dunia Terbuka Singapura 2019 hanya mengambil masa 46 minit bagi menundukkan beregu pilihan keenam itu dengan keputusan straight set 21-13, 22-20 di Stadium Palma, Suncheon.
Kian Meng-Pei Jing pada mulanya tidak menghadapi banyak masalah untuk mendahului mata demi mata sebelum mudah menjinakkan lawan dalam set pertama.
Beralih set kedua, pilihan kedua kejohanan itu bagaimanapun menerima saingan lawan yang cuba mengheret permainan ke set penentuan namun tidak berupaya menidakkan kemaraan mereka.
Kemenangan tersebut menyaksikan Kian Meng-Pei Jing selaku wakil negara yang masih bertahan akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.
Sung Hyun-Hye Won terdahulu berjaya menewaskan rakan senegara Kim Wonho-Jeong Na Eun dalam satu lagi aksi separuh akhir berlangsung hari ini dengan keputusan 21-9, 21-15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022
Kian Meng-Pei Jing akan membuat perhitungan berdepan beregu pasukan tuan rumah Korea, Ko Sung Hyun-Eom Hye Won dalam pentas akhir esok.- Gambar fail/BERNAMA
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.
Badminton Terbuka China: Pasangan pilihan kelima sekat hajat Kian Meng-Pei Jing ke final
Hasrat Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka China BWF tidak kesampaian selepas tewas secara set langsung kepada pasangan pilihan kelima dari Korea Selatan.
Badminton Terbuka Taiwan: Tiga pasangan beregu Malaysia layak ke separuh akhir
Tiga pasangan badminton Malaysia termasuk dua pasangan lelaki, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, layak ke separuh akhir Terbuka Taiwan 2023, hari ini.
Soon Huat-Shevon kempunan raih gelaran Terbuka Switzerland
Gandingan negara itu tunduk kepada pasangan Jiang Zhen Bang dan Wei Ya Xin dari China malam ini.
Tang Jie-Ee Wei lakar kejutan ke suku akhir Terbuka Malaysia
Gandingan baharu beregu campuran negara itu mencapai kemenangan straight set 21-19, 21-16 dalam masa 46 minit.
Pang Ron harap tahun penuh warna-warni bersama gandingan baharu Mei Xing
Pang Ron selepas terpaksa menukar gandingan dua kali pada 2022, selain perlu menyesuaikan diri dengan rejim latihan baharu.
Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.
Tang Jie-Yen Wei terlepas gelaran juara Terbuka India
Ia selepas dikejutkan pasangan di ranking ke-182 dunia Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura pada final Terbuka India, hari ini.
Goh Liu Ying turun berlatih walaupun belum pulih sepenuhnya
Pemain beregu campuran itu gigih menjalani sesi pemulihan dan latihan secara serentak.
Terbuka Malaysia: Beregu campuran negara cipta kejutan tewaskan pilihan ketiga dari Jepun
Kejayaan itu sekaligus menamatkan badi kegagalan yang sering dialami di pusingan pertama dalam beberapa kejohanan disertai mereka.